"Rancangan antologi Projek Skrip sudah pun hampir tamat dan walaupun rancangannya singkat - hanya lapan episod saja - ia telah menjadi wadah yang baik bagi mereka yang ingin mencuba bakat mereka dalam bidang penulisan drama.
Dari apa yang saya lihat, peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam rancangan ini telah mendapati bimbingan yang baik dan konsep cerita yang akhirnya dipersembahkan juga boleh tahan untuk mereka yang baru mula melibatkan diri dalam bidang penulisan skrip ini.
Ini bukan suatu perkara yang senang dan bagi mereka yang pernah mencuba, menulis sebuah drama amat mencabar kerana penulis harus memastikan yang jalan ceritanya mempunyai daya penarik atau hook yang kuat, yang dapat menarik penonton untuk mengetahui cerita dari mula hingga akhir.
Namun, seperti biasa, jika ada yang suka rancangan ini, pastinya ada penonton lain yang tidak suka. Ada yang mengatakan rancangan Projek Skrip ini hambar dan tidak patut ditayangkan di waktu perdana pada 8.30 malam.
Seorang penerbit dari sebuah syarikat penerbitan tempatan mengatakan drama-drama yang ditayangkan boleh tahan tetapi ada beberapa yang baginya, kurang perkembangan watak. Komen rakan penerbit ini membuatkan saya terfikir. Reaksi yang dirasakan oleh penonton ni, apakah ia kerana skrip drama yang kurang berkesan, lakonan yang lemah atau arahannya yang tidak kena?"
.... and nobody will know the end of this piece.
###
No comments:
Post a Comment